Hari ini, Diyana datang awal ke sekolah . Cuaca hujan di luar jadi perhimpunan dibatalkan . Diyana masuk ke kelas . Tunggu dua orang kawan Diyana . Tak sampai-sampai . Lama lepas itu , kawan Diyana bernama Aliya sampai ,dia tanya "Shifa mana? " Diyana tak tahu . Aliya cakap" tak datang kot " lepas itu dia ajak Diyana pegi tandas . Dalam perjalanan Aliya ceriter pasal pakwe dia , Diyana pon dengar sahaja lah . Lepas tu kitaorang naik kelas,nampak Shifa . Datang rupanya . Shifa kata" suka hati je Aliya letak beg dekat tempat dia (tengah2) . Kitaorang duduk bertiga, dari tingkap Aliya,Shifa baru Diyana . Aliya alih lah beg dia semula tapi lepastu Aliya datang dekat Diyana . Dia nak sambung ceriter . Shifa masam je sebab sorang2 . Aliya berceriter je dekat Diyana . Hari ni, Diyana tak rasa bosan sebab Aliya berbual dengan Diyana . Tapi Diyana rasa kesian pula dekat Shifa sebab dia sorang2 . Diyana tahu macam mana rasanya bila diabaikan kawan . Diyana faham tapi takkan Diyana nak suruh Aliya layan Shifa . Diyana macam mana ? Bukan Diyana pentingkan diri sendiri tapi Diyana nak juga merasa ada kawan, berteman dan tak sunyi . Selama ni apa Shifa buat? Shifa berbual dengan Aliya tak ingat Diyana . Macam Diyana tak wujud . Kalau nak berbual boleh tapi ajak lah Diyana . Ini tak,bagi ruang untuk Diyana pandang Aliya pon tak , Shifa membontoti Diyana . Diyana hanya nampak belakang badan Shifa je sebab Shifa pusing ke arah Aliya yang duduk dihujung sana . Mana adil macam tu? Diyana nak berbual dengan sapa? Diyana tak tahu nak buat apa! Hanya duduk tegak dekat tempat duduk . Diyana terasa dengan Shifa sebab membontoti Diyana . Padahal Aliya mengajak diyana sekali tetapi cara Shifa tu macam nak tak nak je. Tak rela kan? Diyana dapat rasakan ! Shifa tamak , Shifa nak berbual dengan Aliya berdua je. Padahal Diyana kenal Aliya dulu . Shifa yang baru datang ! Diyana ok je kalau Shifa suka berkawan dengan Aliya,rapat dengan dia . Diyana tak cemburu ! Diyana gembira lagi dapat kawan dengan Shifa sebab Shifa baik .Tapi Shifa membuatkan Diyana keseorangan . Macam tak ada kawan . Pernah suatu hari tu,kawan sekelas Diyana cakap " Diyana , kau tak rapat eh dengan diorang? Aku tengok diorang berdua berbual je berdua, kau sorang2 je" see? Itu bukti yang Diyana diabaikan . Diyana terkejut juga, tak sangka diorang perasan . Diorang pon nampak Diyana diabaikan tapi Shifa tak kan tak sedar? Shifa sengaja ke? Sampai hati Shifa, Diyana kecewa, sedih .
Buat Shifa, Diyana sayang kamu sebagai kawan .Diyana menghargai kamu . Tetapi kenapa kamu tak cuba buat Diyana ni kawan kamu . Kenapa kamu selalu buat Diyana terasa? Kenapa bertindak seperti itu . Shifa, jangan ingat kamu sorang aje perlukan kawan . Diyana pon perlu . Hari ini setakat sehari sahaja kamu diabaikan oleh Aliya . Kamu dah merajuk, tak bercakap , tak nak rehat bersama-sama . Padahal Diyana tak membontoti kamu pon , malahan , Diyana menyuruh Aliya bercakap dengan kamu , Diyana pon bertanya-tanya kamu . Jadi, kamu tak adalah terabai sangat jika nak dibandingkan dengan Diyana pada hari sebelumnya . diyana langsung tak ditanya . Diyana yang perlu bertanya dulu semata-mata nak bercakap, itu pon sepatah dua kata je macam"pukul berapa? Shifa jawab"12" lepastu Shifa pusing balik berbual dengan Aliya . Diyana dah mati kutu tau ! Diyana bosan !
Hari ni , Diyana gembira sangat ! Sebab Diyana tak keseorangan . Tapi Diyana tahu , hari akan mendatang akan kembali seperti dulu . Diorang berbual dan Diyana diabaikan . Ya Allah, kuatkanlah hati Diyana .