Friday 6 September 2013

Pengenalan seorang gadis biasa





Hai, nama saya Nurul Diyana Qistina . Sebenarnya , masih berumur 16 tahun . Seorang gadis pendiam yang suka menulis , bercerita dan mendengar cerita . Dikenali dengan perwatakan yang suka tersenyum sampai kadang2 orang ingat Diyana tidak ada masalah . Padahal itulah cara Diyana menghiburkan hati .Keluarga yang bahagia cuma mempunyai adik yang kadang2 baik ,ok tapi ada masa bertukar menjadi perangai yang amat menyakitkan hati ! 

 Mempunyai kawan tetapi masih tidak terlalu akrab kerana bertiga . Bila seorang tu bercakap dengan lagi seorang, Diyana diabaikan . Diyana rasa sunyi, keseorangan =( . Tapi kalau Diyana dengan sorang tu, lagi sorang pula merajuk sampai tak nak bercakap langsung ! Jujur, ia menyakitkan ! Buat Diyana rasa macam tak berguna .

selain itu ada kawan baik lain yang dikenali semasa darjah 4, kami sangat rapat tetapi terpisah kerana berlainan kelas dan sekolah . Sangat merindui mereka bertiga . Merekalah kawan terbaik !

So, itu sajalah serba sedikit tentang Diyana . Hope korang tak menyampah dengan setiap post yang akan dipublish kerana Diyana ingin menyatakan bahawa blog ini ialah diari online Diyana sebab tak selesa menulis diari di buku sebab takut orang baca . Diyana tak privatekan sebab mahu berintereksi dengan korang . Manalah tahu korang boleh bagi jalan untuk menyelesaikan masalah Diyana kan?




No comments:

Post a Comment