Friday 6 September 2013

Ianya menyakitkan !

Hari ini, Diyana datang awal ke sekolah . Cuaca hujan di luar jadi perhimpunan dibatalkan . Diyana masuk ke kelas . Tunggu dua orang kawan Diyana . Tak sampai-sampai . Lama lepas itu , kawan Diyana bernama Aliya sampai ,dia tanya "Shifa mana? " Diyana tak tahu . Aliya cakap" tak datang kot " lepas itu dia ajak Diyana pegi tandas . Dalam perjalanan Aliya ceriter pasal pakwe dia , Diyana pon dengar sahaja lah . Lepas tu kitaorang naik kelas,nampak Shifa . Datang rupanya . Shifa kata" suka hati je Aliya letak beg dekat tempat dia (tengah2) . Kitaorang duduk bertiga, dari tingkap Aliya,Shifa baru Diyana . Aliya alih lah beg dia semula tapi lepastu Aliya datang dekat Diyana . Dia nak sambung ceriter . Shifa masam je sebab sorang2 . Aliya berceriter je dekat Diyana . Hari ni, Diyana tak rasa bosan sebab Aliya berbual dengan Diyana . Tapi Diyana rasa kesian pula dekat Shifa sebab dia sorang2 . Diyana tahu macam mana rasanya bila diabaikan kawan . Diyana faham tapi takkan Diyana nak suruh Aliya layan Shifa . Diyana macam mana ? Bukan Diyana pentingkan diri sendiri tapi Diyana nak juga merasa ada kawan, berteman dan tak sunyi . Selama ni apa Shifa buat? Shifa berbual dengan Aliya tak ingat Diyana . Macam Diyana tak wujud . Kalau nak berbual boleh tapi ajak lah Diyana . Ini tak,bagi ruang untuk Diyana pandang Aliya pon tak , Shifa membontoti Diyana . Diyana hanya nampak belakang badan Shifa je sebab Shifa pusing ke arah Aliya yang duduk dihujung sana . Mana adil macam tu?  Diyana nak berbual dengan sapa? Diyana tak tahu nak buat apa! Hanya duduk tegak dekat tempat duduk . Diyana terasa dengan Shifa sebab membontoti Diyana . Padahal Aliya mengajak diyana sekali tetapi cara Shifa tu macam nak tak nak je. Tak rela kan? Diyana dapat rasakan ! Shifa tamak , Shifa nak berbual dengan Aliya berdua je. Padahal Diyana kenal Aliya dulu . Shifa yang baru datang ! Diyana ok je kalau Shifa suka berkawan dengan Aliya,rapat dengan dia . Diyana tak cemburu ! Diyana gembira lagi dapat kawan dengan Shifa sebab Shifa baik .Tapi Shifa membuatkan Diyana keseorangan . Macam tak ada kawan . Pernah suatu hari tu,kawan sekelas Diyana cakap " Diyana , kau tak rapat eh dengan diorang? Aku tengok diorang berdua berbual je berdua, kau sorang2 je" see? Itu bukti yang Diyana diabaikan . Diyana terkejut juga, tak sangka diorang perasan . Diorang pon nampak Diyana diabaikan tapi Shifa tak kan tak sedar? Shifa sengaja ke? Sampai hati Shifa, Diyana kecewa, sedih .

 Buat Shifa, Diyana sayang kamu sebagai kawan .Diyana menghargai kamu . Tetapi kenapa kamu tak cuba buat Diyana ni kawan kamu . Kenapa kamu selalu buat Diyana terasa? Kenapa bertindak seperti itu . Shifa, jangan ingat kamu sorang aje perlukan kawan . Diyana pon perlu . Hari ini setakat sehari sahaja kamu diabaikan oleh Aliya . Kamu dah merajuk, tak bercakap , tak nak rehat bersama-sama . Padahal Diyana tak membontoti kamu pon , malahan , Diyana menyuruh Aliya bercakap dengan kamu , Diyana pon bertanya-tanya kamu . Jadi, kamu tak adalah terabai sangat jika nak dibandingkan dengan Diyana pada hari sebelumnya . diyana langsung tak ditanya . Diyana yang perlu bertanya dulu semata-mata nak bercakap, itu pon sepatah dua kata je macam"pukul berapa? Shifa jawab"12" lepastu Shifa pusing balik berbual dengan Aliya . Diyana dah mati kutu tau ! Diyana bosan !

Hari ni , Diyana gembira sangat ! Sebab Diyana tak keseorangan . Tapi Diyana tahu , hari akan mendatang akan kembali seperti dulu . Diorang berbual dan Diyana diabaikan . Ya Allah, kuatkanlah hati Diyana .


1 comment:

  1. salam kenalan dik
    sabar je. takpe. tegur je dia mcm biasa
    nnt lama2 dia malu alah, dia ok le tu

    jom ke blog momoy, teka teki mudah je. kalau betul ada hadiah

    ReplyDelete